tahniah ke takziah?
pada suatu hari......
aku bersama si dia ke midveli.kiteorg jugak telah menculik si hobbit berusia 4 bulan itu untuk turut serta di dlm window shopping kiteorg.dah selesai aktiviti yang ala kadar tu,aku terus hantar si dia ke rumahnya.
di saat kekecohan kiteorg nak taruk baby seat dkt seat dpn (untuk si hobbit),sebuah kereta 'kebal' telah melalui disebelah kereta aku dan membunyikkan hon dan berhenti kire2 3 meter (aku main hentam je jarak...aku kantoi skit kira jarak ni) dibelakang keretaku.kupikirkan pintu kereta yang terkangkang luas tu mengganggu perjalanan kereta 'kebal' yang konon ala ala kereta porsche tu...baru sahaja aku nak meluahkan kata2 pujian versi kesat tiba-tiba si dia berkata..
"yang,cuba teka siapa tuh?"
"sapa?" dan terus melihat melalui cermin pandang belakang.
"zura dengan mak die.datang nak hantar kad kawin die kot" (zura tu x-gf die yang paling latest.itupun kalau aku stay dgn die sampai bile2 la.kalau tak,aku rampas title tu dr si zura tu la)
dengan kelajuan 360 km/j jantung aku berdegup and darah aku menggelegak.
si zura panggil si dia ke kerete die sbb nak bg kad dan die dah nak pegi dah lalu aku yang telah mentransform ke wajah singa betina ckp ke dia...
"u jgn mengada2 nak ke sane yer...suh die dtg sini"
die yang seperti kena pukau dari aku terus panggil si zura tu dtg ke kereta aku. yang si minah tu pulak selagi daya suh die ke kereta die pulak.ewah ewah..main tarik tali pulak.aku tarik seluar kau kang..last2 minah tu mengalah dan datang ke kereta aku.cewah si dia pun memperkenalkan aku ke dia lah..aku pun dengan wajah kepura2an tersenyum dan ckp hai lalu kami bersalaman seperti suasana di pagi raya.
mereka berborak ala kadar di luar kereta aku. si dia tak sedar agaknya aku dah mcm anjing kelaparan yang tengah tunggu kucing lalu untuk di terkam. sebenarnya aku agak tergugat sebab rupenye die 'agak' cantik jugak.chinese look.nak2 die dtg berbaju kebaya.halah halah (perkataan agak tu harus wujud bg menunjukkan aku lagi cantik dr die.mane boleh kalah.uehueheuheue)..dikala mereka berborak tuh aku dpt melihat segumpal awan wujud di atas kepala masing2 dimana terdapat imej kenangan2 silam dorang berkumandang dkt dlm awan2 tuh. dan lagi sekali darah aku menggelegak.sikit je lagi nak sepanas api neraka.bila si dia tgk muka aku yang mcm nenek kebayan tuh sidia pun faham lalu mengakhiri perbualan dorg dengan ucapan "SELAMAT PENGANTIN BARU".
aku pun ape lagi lepas tuh...pertukaran mood yang mendadakla tapi nasib baik si dia faham dan cuba memujuk aku tapi aku takdela termakan pujuk sgt.bengang tu melekat lagi.
si dia berkata "mesti mak die ckp i ni tak senonoh sebab bukan nak dtg and salam mak die"
dengan muka bengis aku membalas "yg kepoh2 nak salam buat ape...biarla mak die nak ckp ape pun..bukan u ade rugi ape pun...u nak jage hati mak die ke jage hati i skang?" aku bukan lagi seorang yang terkenal dgn sifat lemah lembut dan menghormati orang tua (yerkan jelah ).
aku tgk kad die yg ala kadar tuh pastu tgk minah tuh yang design sendiri. aku pun ambik point la...
"ala...save budgetnya buat kad sendiri.kalau cantik takpela..." busuk betul hati aku tapi mmg takde cantik mane pun.tak kemas.
tapi si dia mcm bangga2 kan pulak.
"nanti tunjuk dkt ibu kad ni...nanti kita kawen buat kad sendiri mcm ni jerlah kan"
tahap kebengangan aku pun dah berada di tahap klimaks...ape lagi....semboyan pun berbunyi lah...
"kenape?u rase cantik ke kad ni yg u nak bangga2kan?u rase dah cukup bes ke kad ni?helloooooo....tolongla....stakat ambik template image dkt illustrator paste dkt atas kad...budak darjah 3 pun leh buat" (sebenarnya maksud die suruh buat kad kawen sendiri..bukan buat kad kawen mcm minah tu punye..tapi dah bengang kan....point skit di banyak2 kan la..ueheuhe)
"laaa..yang u marah sgt ni kenape...dahlah...sorry k....i mean kad kawen kite buat sendiri...tapi xpe nanti kite tempah cantik2 ok...dah jgn marah2" (nak je aku bgtau "hello cik abang...dulu aku dah banyak buat kad kawen dengan xbf aku ler...much much better than this..." tapi aku berjaya tahan ketika perkataan tuh dah sampai di tekak.tanak panjang2kan crita.konfem gado)
dan aku pun balik dengan penuh iblis disekeliling telingaku yang menghasut aku untuk trus membengangkan diri...si hobbitla orang yang terpaksa mendengar bebelan aku sepanjang perjalanan balik...sian die sampai tertido dgr aku membebel (ke die buat2 tido sebab tanak dgr ke ...aku pun tak taula)
tapi sms2 yang die hantar dan kata2 pujukan yang die hantar telah berjaya menghalang niat2 iblis yang durjana tuh...
lets bygone be bygone....minah tu pun dah nak kawen...so selamat pengantin baru lah yer...tgkla kalau rajin dan mood aku ok,kiteorg dtg la kenduri kau tuh..uehueheuhueh...
p/s: dkt dlm kad kawen tuh die tulis "menjemput @$#* and wife ke majlis bla bla bla"..mesti die ingat si hobbit tu anak kiteorg...sbb tgk aksi2 kiteorg yang ala2 ibu bapa mithali tu...ueheuheuhe...lantak kau la labu.....
3 comments:
muhahahha!!! bile baca nih, aku membayangkan ko taip melebihi speed limit yang di benarkan
uheuehuh...tula die...bukan setakat taip melebihi speed limit yg ditetapkan lagi...ni siap buat aksi2 muke sakit perut sembelit lagi mase taip...marahla konon..uhuhuh...
very interesting post. entri yang menarik. laju je saya baca nya :)
Post a Comment