Monday, June 02, 2008

anonymous

hari ni....



aku dapat sebuah kotak yang berbalut ketika asyik membuat kerja di ofis.ade name aku,address office aku dgn no tepon aku.dengan penuh keraguan aku bukak.(manelah tau bom ke).
isi dalam die adelah sepasang patung cj7 yang sgt kiutnye (kaler ijau dgn pink) dgn sekuntum bunga ros tapi kelopak ros tuh candy la.aku senyum tanda terima kasih.



tapi....



























aku still tak tau sape yg bagi aku sebab takde sebarang nota mahupun name pemberi disertakan...haih..benci nye...

Monday, January 28, 2008

unbelieveable...

2 more weeks.....and i will step to the next level....
im still dont believe that this will happen to me....
dah besar dah aku....i taught i still sweet 17...... ^_^










to fara and diera.....jemputla datang hari tunang aku on this coming 17th...


hahhhhh???!!!!! aku dah nak bertunang????!!!!!!.....impossible!!!!

Friday, November 16, 2007

keistimewaan yang bernama perempuan

kenape?

perkara yang kutakuti datang juga.seksa.sedangkan aku sering memuji kau,membanggakan kau,kagumi kau kepada orang-orang disekelilingku kerana kau tidak pernah membuat aku derita walau sedikit pun.tetapi semalam,kau membuktikan segala kata-kata pujianku kepada kau adalah sia-sia.aku malu......

semalam,kau telah menyeksa aku,menyakiti aku...kau buat aku terseksa....

seharian aku menyepikan diri..sendirian...cuba untuk menguatkan diriku,memberanikan diriku menempuh kesakitian yang maha dasyat,yang tidak kujangka kau lakukan kepadaku...

cuba untuk tersenyum...ingin menunjukkan kepada orang disekitarku bahawa aku baik-baik sahaja...aku kuat....aku gagah....dan walau sesakit mana pun kau buat kepadaku,akan aku tempuh...

dan....
ianya berjaya....

tapi.....
sekadar luarannya sahaja aku tampak bahagia,aku kelihatan seolah hari-hari biasa,tiada apa yang berlaku.....tapi hakikatnya...dalamanku hanya yang esa sahaja yang tahu...betapa aku terseksa....betapa aku merana...betapa aku meratap kesakitanku...dan semuanya disebabkan kau!!


but its fine with me....aku yakin semuanya akan kembali kepada keadaan asal...dan aku yakin....ianya cuma mengambil masa sehari sahaja untuk aku memikirkan kesakitan yang kau hadiahkan kepadaku....dan aku sudahpun memaafkan kau walaupun aku yakin kau akan lakukankan benda yang sama lagi nanti....aku yakin perkara yang sama akan terjadi lagi....

sebelum mengakhiri nukilanku...jutaan terima kasih kepada kau....terima kasih kerana menyeksa aku....aku tahu...kesakitan yang kau beri itu juga telah membantuku....


























































terima kasih sekali lagi wahai PERIODKU!..
terima kasih kerana telah membersihkan dan mengeluarkan darah-darah kotorku...
itulah istimewanya perempuan,sedangkan lelaki kena bekam untuk keluarkan darah kotor....uehuheuheuheuheuh....

the secret of heart

kecik hati.merajuk.sedih.pendam.simpan.nangis dlm hati.kecewa.




sikit demi skit aku sedarkan diri aku yang tak sedar sedar ni.sometimes kite tak perlukan orang untuk membantu kita buat keputusan walau sedekat dan sesayang mane pun kita dkt umat manusia tu.sebab tak de orang akan pedulik keseluruhan hidup kite terutamanya benda benda yang kecik kecik kutu kucing aku.kalau yang besar besar tu dorg kenalah pedulik sbb konon konon hal kritikal,kang kalau tak pedulik kita cakap tak sayang die pulak.

dah banyak kali aku mengalami perasaan yg dkt atas tuh and kalau bole kumpul aku rase dah boleh jadi jutawan muda dah aku tapi aku tak penah penah serik.maybe sebab sikap aku yang terlalu suke share dgn orang yang aku betul2 pecaya and yang aku dah rase die part of me (sbb sebenarnya aku ni sorang yang pemendam) sampaikan bende2 remeh pun aku nak refer dkt die tapi aku je yang syok sendiri.padan muke.bodoh betul hati aku ni...nasib baik aku ni pandai skit dr hati aku.

dahla helda oi..please change for your own good.so that perasaan perasaan dkt atas tu yang kau selalu rase and tahan sampai macam nak terbelah 18 hati kau tu will gone with the wind.eceh.

takpela at least ive learn something.manusia kan kene blajar.tak blaja mcmane nak jadi pandai.minumlah milo dan membesar bagai juara!





tetibe lagu kerispatih-cinta putih jadik feveret track aku walaupun takde kene mengena pun.


Apa jadinya hati yang terbagi

Diseparuh perjalananku
Rusaklah sudah cinta putih ini
Keinginan tiada sejalan dengan kenyataan

Betapa ku pasrahkan hatiku
Betapa aku mencintaimu
Tapi apa yang kau beri untukku
Kau tukar semua dengan luka dan kesakitan (ku)

Reff:Khianati…
Sebisa dirimu mengkhianati
Karena kupastikan kelak kau mohon aku
Untuk kembali padamu lagi






















cube belajar untuk fikir dan faham hati and perasaan sendiri dulu sebelum berusaha bermati-matian semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan orang itu kadangkala tak penah sedar apa lagi menghargai.(terer gak aku susun ayat eh.. :applause: )

Wednesday, November 14, 2007

interview.......againn....fuhh

Date : nov 14th
Time : 2.45 pm
Location : EON Bank HQ
Position : Customer Service Exec



Doakan kejayaan aku menempuh cabaran teh tarik ni. Takan korng tanak tgk kawan2 berjaye kan kan kan..uehueheu...doakan aku tak neves,boleh jawab semue soklan die and paling penting aku suke dgn keje ni so aku boleh stay lame lame and aku boleh cpt beli keter and aku boleh kawen cepat...uahuahauhuhuah...


aminnnnnn........

Wednesday, November 07, 2007

kerja ke kerja?

tahniah kepada aku kerana masih mengekalkan status penganggur. (jom tepuk tangan same2)..
bukanlah aku tak pernah pegi interview..penah...beside aku dah siap dtg keje dah...

antara koleksi kerja-kerja yang pernah aku lawati ;

1) ADMIN EXEC
( tapi sebenarnya seorang penjual share@currency yang dikenali sebagai forex. aku kena
datang training [1st think aku dah musykil] untuk seminggu.then die ckp kena bermusuh
dengan semue orang dlm ofis tu untuk berjaya.its like a competitor under one roof [kepala
hotaks engkoh!].aku dtg training untuk 5 hari je then lepas raya aku tak dtg untuk selama
lamanya. tapi dengar crita one of our friend dah sign contract but then right after sign
contract tuh dorg suh die cari client [which is dorg tak penah mention mase time training
tuh] and gaji hanya pada commision.minah tu pun is like tipah tertipu dan tak dtg langsung
keje tuh.dan kampeni tu keep calling her.kesian die..naseb aku dah mengambil langkah bijak
terlebih dahulu [aku ni mmg kadang2 bijak orgnye...ueheuhe]. and aku tgk skang dorg post
position lain pulak. ADMIN CONSULTANT. haih...dahla semue dlm tu ala2 baik.semuanya
bertudung and majority malay.so perhatian kepada semue pembaca2 [ade ke org baca
blog aku ni],kalau ade job vacancy from PRACTICAL SUPPORT SDN BHD,lupekan jela..)

2) ADMIN ASSISTANT
( sebenarnya lebih kepada keje receptionist di sebuah kampeni property and development
yang dimiliki oleh seorg cina berpangkat tan sri. aku mengharapkan keje admin tapi aku just
dpt keje angkat2 tepon and past dkt pekerja2 yang almost 100% berbangsa cina. dan
apabila berkerja dgn org cina, pekerja melayu akan direndahtarafkan oleh mereka [tak
semue kampeni mcm tu.harap maklum].aku selalu di marah oleh beberapa org pekerja
cina yang muke ala2 cina bukit baru naik pangkat. yelah..dieorg kenela fhm, aku baru
keje 2 hari takleh la nak catch up semue.nak nak aku tak penah ade experience. lagi satu
yang melemahkan aku,tatkala sakit perut yang memuncak dan menanti untuk di luahkan
dengan sepantas halilintar aku pegi toilet dan setelah memeriksa satu demi satu pintu toilet
dlm ladies room,keempat2 toilet tuh hanya ade toilet bowl,flush dgn tisu saje [so mcmane
aku nak membersihkan saki baki tuh..ueheheue].bukan sebab rosak ke ape tapi mmg
dorang tak sediakan.sebab adat istiadat tradisi cina tidak memerlukan itu semue [mesti bil
air tak banyak].aku pun melupakan jerla impian dan tujuan utama aku tuh.aku tahan la
sampai breaktime.masuk hari ke tiga kerja,aku ckp nak mc. [sebenarnye nak g interview
job dkt eon bank].dan aku tak dtg untuk hari2 seterusnya.aku rase mesti dorg tengah
sumpah seranah aku sebab dorg dah sediakan offer letter untuk aku tp aku bg reason tanak
sign dulu.gaji ciput,keje separuh mati,tak kira lagi upah aku kna terima sumpah seranah.
pastu aku takde kawan sbb aku break pukul 12,dorg pukul 1.so aku sengsorg. [sian aku]
so pandai2 dorang la cari pekerja yang sesuai yer..)


so skang ni aku tgh tunggu interview dr eon bank. aku harap keje tu ok dan aku leh tahan lame.aku nak carik duit ni untuk birthday si dia bulan doblas ni.mati aku!dorg semue tego and marah sebab aku benti keje.dorang suh tahan je.tapi bg aku,aku akleh keje kalau aku rase tak enjoy dgn keje tuh.sebab kalau aku tak enjoy,aku akan malas pegi keje..bile malas pegi keje,aku akan selalu ponteng keje...bile selalu ponteng keje,aku akan kene buang keje...so end up die same je...so better aku quit awal2...at least takdela nampak mcm buruk..AKU BENTI KEJE BUKAN KENE BUANG KEJE!




p/s: aku still searching for graphic job tp belum ade rezeki.tapi tadi surat dr cosmo untuk sambung degree sampai.tetibe plak nak sambung...tapi pk balik..sian bapak aku nak tanggung..so aku keje dulula...nanti aku sambung pakai duit aku sendiri...uhuhuh....surat graduation day pun dah sampai...yippieee!!akhirnya!!!! [tahniah helda..berikan tepukan gemuruh!]

Friday, October 26, 2007

tahniah ke takziah?

pada suatu hari......

aku bersama si dia ke midveli.kiteorg jugak telah menculik si hobbit berusia 4 bulan itu untuk turut serta di dlm window shopping kiteorg.dah selesai aktiviti yang ala kadar tu,aku terus hantar si dia ke rumahnya.
di saat kekecohan kiteorg nak taruk baby seat dkt seat dpn (untuk si hobbit),sebuah kereta 'kebal' telah melalui disebelah kereta aku dan membunyikkan hon dan berhenti kire2 3 meter (aku main hentam je jarak...aku kantoi skit kira jarak ni) dibelakang keretaku.kupikirkan pintu kereta yang terkangkang luas tu mengganggu perjalanan kereta 'kebal' yang konon ala ala kereta porsche tu...baru sahaja aku nak meluahkan kata2 pujian versi kesat tiba-tiba si dia berkata..
"yang,cuba teka siapa tuh?"
"sapa?" dan terus melihat melalui cermin pandang belakang.
"zura dengan mak die.datang nak hantar kad kawin die kot" (zura tu x-gf die yang paling latest.itupun kalau aku stay dgn die sampai bile2 la.kalau tak,aku rampas title tu dr si zura tu la)

dengan kelajuan 360 km/j jantung aku berdegup and darah aku menggelegak.

si zura panggil si dia ke kerete die sbb nak bg kad dan die dah nak pegi dah lalu aku yang telah mentransform ke wajah singa betina ckp ke dia...

"u jgn mengada2 nak ke sane yer...suh die dtg sini"

die yang seperti kena pukau dari aku terus panggil si zura tu dtg ke kereta aku. yang si minah tu pulak selagi daya suh die ke kereta die pulak.ewah ewah..main tarik tali pulak.aku tarik seluar kau kang..last2 minah tu mengalah dan datang ke kereta aku.cewah si dia pun memperkenalkan aku ke dia lah..aku pun dengan wajah kepura2an tersenyum dan ckp hai lalu kami bersalaman seperti suasana di pagi raya.

mereka berborak ala kadar di luar kereta aku. si dia tak sedar agaknya aku dah mcm anjing kelaparan yang tengah tunggu kucing lalu untuk di terkam. sebenarnya aku agak tergugat sebab rupenye die 'agak' cantik jugak.chinese look.nak2 die dtg berbaju kebaya.halah halah (perkataan agak tu harus wujud bg menunjukkan aku lagi cantik dr die.mane boleh kalah.uehueheuheue)..dikala mereka berborak tuh aku dpt melihat segumpal awan wujud di atas kepala masing2 dimana terdapat imej kenangan2 silam dorang berkumandang dkt dlm awan2 tuh. dan lagi sekali darah aku menggelegak.sikit je lagi nak sepanas api neraka.bila si dia tgk muka aku yang mcm nenek kebayan tuh sidia pun faham lalu mengakhiri perbualan dorg dengan ucapan "SELAMAT PENGANTIN BARU".

aku pun ape lagi lepas tuh...pertukaran mood yang mendadakla tapi nasib baik si dia faham dan cuba memujuk aku tapi aku takdela termakan pujuk sgt.bengang tu melekat lagi.

si dia berkata "mesti mak die ckp i ni tak senonoh sebab bukan nak dtg and salam mak die"
dengan muka bengis aku membalas "yg kepoh2 nak salam buat ape...biarla mak die nak ckp ape pun..bukan u ade rugi ape pun...u nak jage hati mak die ke jage hati i skang?" aku bukan lagi seorang yang terkenal dgn sifat lemah lembut dan menghormati orang tua (yerkan jelah ).

aku tgk kad die yg ala kadar tuh pastu tgk minah tuh yang design sendiri. aku pun ambik point la...

"ala...save budgetnya buat kad sendiri.kalau cantik takpela..." busuk betul hati aku tapi mmg takde cantik mane pun.tak kemas.

tapi si dia mcm bangga2 kan pulak.

"nanti tunjuk dkt ibu kad ni...nanti kita kawen buat kad sendiri mcm ni jerlah kan"

tahap kebengangan aku pun dah berada di tahap klimaks...ape lagi....semboyan pun berbunyi lah...

"kenape?u rase cantik ke kad ni yg u nak bangga2kan?u rase dah cukup bes ke kad ni?helloooooo....tolongla....stakat ambik template image dkt illustrator paste dkt atas kad...budak darjah 3 pun leh buat" (sebenarnya maksud die suruh buat kad kawen sendiri..bukan buat kad kawen mcm minah tu punye..tapi dah bengang kan....point skit di banyak2 kan la..ueheuhe)

"laaa..yang u marah sgt ni kenape...dahlah...sorry k....i mean kad kawen kite buat sendiri...tapi xpe nanti kite tempah cantik2 ok...dah jgn marah2" (nak je aku bgtau "hello cik abang...dulu aku dah banyak buat kad kawen dengan xbf aku ler...much much better than this..." tapi aku berjaya tahan ketika perkataan tuh dah sampai di tekak.tanak panjang2kan crita.konfem gado)

dan aku pun balik dengan penuh iblis disekeliling telingaku yang menghasut aku untuk trus membengangkan diri...si hobbitla orang yang terpaksa mendengar bebelan aku sepanjang perjalanan balik...sian die sampai tertido dgr aku membebel (ke die buat2 tido sebab tanak dgr ke ...aku pun tak taula)

tapi sms2 yang die hantar dan kata2 pujukan yang die hantar telah berjaya menghalang niat2 iblis yang durjana tuh...


lets bygone be bygone....minah tu pun dah nak kawen...so selamat pengantin baru lah yer...tgkla kalau rajin dan mood aku ok,kiteorg dtg la kenduri kau tuh..uehueheuhueh...



p/s: dkt dlm kad kawen tuh die tulis "menjemput @$#* and wife ke majlis bla bla bla"..mesti die ingat si hobbit tu anak kiteorg...sbb tgk aksi2 kiteorg yang ala2 ibu bapa mithali tu...ueheuheuhe...lantak kau la labu.....

Tuesday, October 16, 2007

minalaidilwafaizin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN




p/s: a new hairdo a.k.a hari raya hair. thanx to encik kekasih for the hair treat.lev u.